Khamis, 14 April 2011

pencemaran sungai

Pencemaran sungai masih menjadi isu walaupun banyak usaha dijalankan untuk menangani keadaan ini . terdapat banyak faktor yang menyebabkan pencemaran sungai antara yang utama ialah sikap yang tak bertanggungjawab segelintir masyarakat . di sesetengah tempat , terutama di petempatan setinggan , sampah dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi kotor dan cetek . sesetengah pengusaha kilang pula membuang sisa toksik yang membunuh kehidupan di dalamnya . ada pula kontraktor binaan mengambil jalan mudah dalam mengendalikan sisa – siisa binaan dengan membuangnya ke dalam sungai .
       Sebenarnya pembangunan Negara jika dirancang dengan baik dapat mengurangkan pencemaran . bagaimanapun , kebanyakkkan pengusaha rakus meneroka hutan atas nama pembangunan tanpa memikirkan kesannya terhadap alam sekitar terutamanya sungai . kesan daripada pencemaran yang paling  dominan ialah krisis bekalan air bersih . sungai merupakan kawasan tadahan air . pencemaran sungai menganggu bekalan air bersih untuk kegunaan domestic . bukan itu sahaja , potensi sungai sebagai tempat akuatik turut musnah dan sumber protein sesetengah penduduk yang bergantung kepada sumber ikan air tawar juga tergugat .
      Langkah – langkah untuk mengatasi masalah pencemaran sungai ialah setiap individu hendaklah menghayati kempen cintai sungai dapat ditangani . kerajaan juga perlu mengenakan tindakan yang tegas ke atas pengusaha kilang mebuang sisa – sisa toksik ke dalam sungai . seterusnya , badan – badan tertentu sebagai sungai angkat . air kumbahan domestic pula perlu dirawat telebih dahulu sebelum dibuang ke dalam sungai .
     Nasihat saya kepada rakyat di Negara ini tentang penjagaan sungai kita perlu memelihara sungai . memulihara sungai yang tercemar . rasa betanggungjawab terhadap kebersihan sungai amat penting demi memastikan kehidupan yang sejahtera . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan