71% daripada permukaan bumi diliputi air.97% daripadanya merupakan air laut,2% salji,dan hanya 1% terdiri daripada air di daratan.Air amat penting kerana merupakan sumber utama kehidupan. 70% daripada badan manusia terdiri daripada air.Tubuh kita memerlukan kira-kira 2 liter air sehari untuk mengantikan air yang hilang melalui perkumuhan dan respirasi, selain menstabilkan suhu badan.Air juga penting untuk kehidupan sehari.Air diperlukan untuk membersihkan diri , mencuci,memasak,dan sebagainya.Selain itu,air penting bagi aktiviti ekonomi.Dalam pertanian,air diperlukan untuk menghidupkan tumbuhan sementara dalam perindustrian pula air diperlukan untuk memproses bahan mentah menjadi hasil kilang. Kesimpulannya, air merupakan punca kehidupan.Oleh itu,amat penting sumber air ini dipelihara demi memastikan kesinambungan kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan