Selasa, 26 April 2011

 71% daripada permukaan bumi diliputi air.97% daripadanya merupakan air laut,2% salji,dan hanya 1% terdiri daripada air di daratan.Air amat penting kerana merupakan sumber utama kehidupan. 70% daripada badan manusia terdiri daripada air.Tubuh kita memerlukan kira-kira 2 liter air sehari untuk mengantikan air yang hilang melalui  perkumuhan dan respirasi, selain menstabilkan suhu badan.Air juga penting untuk kehidupan sehari.Air diperlukan untuk membersihkan diri , mencuci,memasak,dan sebagainya.Selain itu,air penting bagi aktiviti ekonomi.Dalam pertanian,air diperlukan untuk menghidupkan tumbuhan sementara dalam perindustrian pula air diperlukan untuk memproses bahan mentah menjadi hasil kilang. Kesimpulannya, air merupakan punca kehidupan.Oleh itu,amat penting sumber air ini dipelihara demi memastikan kesinambungan kehidupan.

Khamis, 14 April 2011

air sungai

air sangat penting untuk setiap kehidupan manusia . tanpa air kita tidak dapat hidup diatas permukaan bumi oleh kerana kehausan yang berpanjangan
   air mempunyai pelbagai kepentingan . contohnya untuk membersihkan diri , makan ubat , mencuci sesuatu benda dan sebagainya . kita perlu membersihkan diri setiap hari menggunakan air yang bersih agar tubuh badan lebih selesa tdan tidak terasa melekit dan kotor apabila selesai melakukan sesuatu benda . kebersihan diri kita haruslah dijaga dengan rapi .
 kesihatan kita juga perlu dijaga iaitu dengan minum 8 gelas atau melebihi daripada tersebut dalam satu hari .

kebersihan sungai

malaysia bumi bertuah kerana mempunyai banyak sungai yang memberikan pelbagai kegunaan kepada kehidupan di muka bumi ini . sungai yang menjadi punca air perlu dipelihara dan dijaga dengan baik supaya airnya tidak tercemar .
sampah sarap perlu dilupuskan dengan sistematik seperti mengamalkan kitar semula . hal ini dapat mengelakkan sampah  tersebut dibuang sesuka hati ke dalam sungai . hutan yang menhadi kawasan tadahan hujan pula perlu dipelihara daripada sebarang pencerobohan dan penerokaan . pemantauan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar amat perlu terutamanya di kawasan sungai , yang berdekatan dengan kilang - kilang . hal ini dapat mengelakkan pembuangan sisa - sisa toksik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab daripada berleluasa . 
        konklusinya , semua pihak perlu memainkan peranan masing - masing dalam menjaga kesinambungan sungai ini . tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjaga kebersihan sungai

pencemaran sungai

Pencemaran sungai masih menjadi isu walaupun banyak usaha dijalankan untuk menangani keadaan ini . terdapat banyak faktor yang menyebabkan pencemaran sungai antara yang utama ialah sikap yang tak bertanggungjawab segelintir masyarakat . di sesetengah tempat , terutama di petempatan setinggan , sampah dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi kotor dan cetek . sesetengah pengusaha kilang pula membuang sisa toksik yang membunuh kehidupan di dalamnya . ada pula kontraktor binaan mengambil jalan mudah dalam mengendalikan sisa – siisa binaan dengan membuangnya ke dalam sungai .
       Sebenarnya pembangunan Negara jika dirancang dengan baik dapat mengurangkan pencemaran . bagaimanapun , kebanyakkkan pengusaha rakus meneroka hutan atas nama pembangunan tanpa memikirkan kesannya terhadap alam sekitar terutamanya sungai . kesan daripada pencemaran yang paling  dominan ialah krisis bekalan air bersih . sungai merupakan kawasan tadahan air . pencemaran sungai menganggu bekalan air bersih untuk kegunaan domestic . bukan itu sahaja , potensi sungai sebagai tempat akuatik turut musnah dan sumber protein sesetengah penduduk yang bergantung kepada sumber ikan air tawar juga tergugat .
      Langkah – langkah untuk mengatasi masalah pencemaran sungai ialah setiap individu hendaklah menghayati kempen cintai sungai dapat ditangani . kerajaan juga perlu mengenakan tindakan yang tegas ke atas pengusaha kilang mebuang sisa – sisa toksik ke dalam sungai . seterusnya , badan – badan tertentu sebagai sungai angkat . air kumbahan domestic pula perlu dirawat telebih dahulu sebelum dibuang ke dalam sungai .
     Nasihat saya kepada rakyat di Negara ini tentang penjagaan sungai kita perlu memelihara sungai . memulihara sungai yang tercemar . rasa betanggungjawab terhadap kebersihan sungai amat penting demi memastikan kehidupan yang sejahtera .